Wednesday, September 28, 2016



Sumbangan Tamadun India (Indus)

Lokasi Lembah Indus
Artifak yang dijumpai di Lembah Indus.

Perancangan Bandar


    Harappa
    Pelan Mohenjo-Daro
  • Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
  • pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar
    •  Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.

    Sifat Keterbukaan

    • Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
      Cap mohor
    •  tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
    • hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
    • dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

    Sains dan Teknologi



    Lakaran mengunakan tanah liat




    • Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmindan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
    • Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
    • Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untukmembuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

     

    Falsafah

    Rig Veda
    • Falsafah India ialah falsafah yang terawalberkembang dan direkodkan di dunia.
    • Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran besar:- kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda. 
    • Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gita merupakan antara sumbernya.
    • Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.

     

    Ekonomi

    • Mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta.

     

    Seni Bina

    Great Bath merupakan kolam mandi awam terawal di dunia.


    Patung yang diperbuat daripada tanah liat
    • Masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap-- dapat dilihat melalui binaan Great Bath.
    • Binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Watdan Candi Borobudur.
    • Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
    • Candi Borobudur
      Ukiran pada dinding dalam Gua Ajanta
    • Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat penghiasan-- tiang Asoka yang menjadi monumen.

     

    Bahasa dan Kesusasteraan

    • Bahasa Sanskrit (bukti: penemuan prasasti Talang Tuwo/Kedukan  Bukit) dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan oleh orang India sehingga hari ini.
    • Bahasa Tamil
    • Epik Mahabharata (menceritakan peperangan antara 2 tentera--baik dan jahat) dan Ramayana (menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pengaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita) ialah hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha.

    Dokumen dalam bahasa Sanskrit

    Agama

    • Tamadun ini adalah tempat asal agama Hindu dan Buddha. 
    • Mesikipun sejarah kemunculan agama Hindu sukar dipastikan, namun agama ini sering dikatakan telah wujud sejak zaman tamadun Indus lagi. 
    Lukisan Gautama Buddha

    Yoga

    Pelbagai posisi yoga
    • Masyarakat tamadun ini memperkenalkan yoga kepada dunia.
    • Graf mini sistem tulisan Indus (piktograf)
    • Sehingga hari ini, yoga diamalkan untuk kesihatan, kelangsiran badan dan sebagainya.


    Keamanan

    • Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.


    **Sesungguhnya masyarakat tamadun Indus berkeupayaan serta berkebolehan untuk mengekspoloitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingganya menjadi asas perkembangan tamadun mereka.

    Lukisan pada dinding
    Untuk maklumat lanjut sila klik Tamadun India

    No comments:

    Post a Comment