TAMADUN INDIA
Wednesday, September 28, 2016
Sumbangan Tamadun India (Indus)
Lokasi Lembah Indus |
Artifak yang dijumpai di Lembah Indus. |
Perancangan Bandar
- Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
Harappa |
Pelan Mohenjo-Daro |
- pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar
- Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.
Sifat Keterbukaan
- Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
- tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
Cap mohor |
- hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
- dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
Sains dan Teknologi
Lakaran mengunakan tanah liat |
- Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmindan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
- Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
- Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untukmembuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
Falsafah
Rig Veda |
- Falsafah India ialah falsafah yang terawalberkembang dan direkodkan di dunia.
- Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran besar:- kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda.
- Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gita merupakan antara sumbernya.
- Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.
Ekonomi
- Mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta.
Seni Bina
Great Bath merupakan kolam mandi awam terawal di dunia. |
Patung yang diperbuat daripada tanah liat |
- Masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap-- dapat dilihat melalui binaan Great Bath.
- Binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Watdan Candi Borobudur.
- Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
- Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat penghiasan-- tiang Asoka yang menjadi monumen.
Candi Borobudur |
Ukiran pada dinding dalam Gua Ajanta |
Bahasa dan Kesusasteraan
- Bahasa Sanskrit (bukti: penemuan prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit) dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan oleh orang India sehingga hari ini.
- Epik Mahabharata (menceritakan peperangan antara 2 tentera--baik dan jahat) dan Ramayana (menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pengaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita) ialah hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha.
Bahasa Tamil |
Dokumen dalam bahasa Sanskrit |
Agama
- Tamadun ini adalah tempat asal agama Hindu dan Buddha.
- Mesikipun sejarah kemunculan agama Hindu sukar dipastikan, namun agama ini sering dikatakan telah wujud sejak zaman tamadun Indus lagi.
Lukisan Gautama Buddha |
Yoga
Pelbagai posisi yoga |
- Masyarakat tamadun ini memperkenalkan yoga kepada dunia.
- Sehingga hari ini, yoga diamalkan untuk kesihatan, kelangsiran badan dan sebagainya.
Graf mini sistem tulisan Indus (piktograf) |
Keamanan
- Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
**Sesungguhnya masyarakat tamadun Indus berkeupayaan serta berkebolehan untuk mengekspoloitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingganya menjadi asas perkembangan tamadun mereka.
Lukisan pada dinding |
Untuk maklumat lanjut sila klik Tamadun India
Friday, September 16, 2016
KITAB-KITAB SUCI INDIA
Cerita Mahabharata
Secara garis besar, cerita Mahabarata bercerita mengenai kehidupan Prabu Santanu atau Sentanu (Çantanu).
Dia adalah seorang raja keturunan keluarga Kuru yang menjadi raja kerajaan Barata. Dia mempunyai permaisuri bernama Dewi Gangga, dan berputra Bisma.Cerita Mahabarata secara garis besar mengisahkan kehidupan Santanu (Çantanu) seorang raja yang perkasa keturunan keluarga Kuru dan bertakhta di kerajaan Barata. Bersama permaisurinya Dewi Gangga, mereka dikaruniai seorang putra bernama Bisma.
Pada suatu hari Çantanu jatuh cinta pada seorang anak raja nelayan bernama Setyawati. Namun ayahanda Setyawati hanya mahu memberikan putrinya jika Çantanu kelak mau menobatkan anaknya dari Setyawati sebagai putra mahkota pewaris takhta dan bukannya Bisma. Kerana syarat yang berat ini Çantanu menjadi sedih. Melihat hal ini, Bisma yang tahu mengapa ayahnya demikian, merelakan haknya atas takhta di Barata diserahkan kepada putra yang kelak lahir dari Setyawati. Bahkan Bisma berjanji tidak akan menuntut itu kapan pun dan berjanji tidak akan menikah agar kelak tidak mendapat anak untuk mewarisi takhta Çantanu.
Perkawinan Çantanu dan Setyawati melahirkan dua orang putra masing-masing Citranggada dan Wicitrawirya. Namun kedua putra ini meninggal dalam pertempuran tanpa meninggalkan keturunan. Kerana takut punahnya keturunan raja, Setyawati memohon kepada Bisma agar menikah dengan dua mantan menantunya yang ditinggal mati oleh Wicitrawirya, masing-masing Ambika dan Ambalika. Namun permintaan ini ditolak Bisma mengingat sumpahnya untuk tidak menikah.Akhirnya Setyawati meminta kepada Wiyasa, anaknya dari perkawinan yang lain, untuk menikah dengan Ambika dan Ambalika. Perkawinan dengan Ambika melahirkan Destarasta dan dengan Ambalika melahirkan Pandu.
Destarasta lalu menikah dengan Gandari dan melahirkan seratus orang anak, sedangkan Pandu menikahi Kunti dan Madrim tapi tidak mendapat anak. Nanti ketika Kunti dan Madrim kawin dengan dewa-dewa, Kunti melahirkan 3 orang anak masing dengan dewa Darma lahirlah Yudistira, dengan dewa Bayu lahir Werkodara atau Bima dan dengan dewa Indra lahirlah Arjuna. Sedangkan Madri yang menikah dengan dewa kembar Aҫwin, lahir anak kembar bernama Nakula dan Sadewa. Selanjutnya, keturunan-keturuan itu dibagi dua yakni keturunan Destarasta disebut Kaum Kurawa sedangkan keturunan Pandu disebut kaum Pandawa.
Sebenarnya Destarasta berhak mewarisi takhta ayahnya, tapi kerana buta sejak lahir, maka takhta itu kemudian diberikan kepada Pandu. Hal ini pada kemudian hari menjadi sumber bencana antara kaum Pandawa dan Kurawa dalam memperebutkan takhta sampai berlarut-larut, hingga akhirnya pecah perang dahsyat yang disebut Baratayuda yang berarti peperangan memperebutkan kerajaan Barata.
Peperangan diawali dengan aksi judi dimana kaum Pandawa kalah. Kekalahan ini menyebabkan mereka harus mengembara di hutan belantara selama dua belas tahun. Setelah itu, pada tahun ke-13 sesuai perjanjian dengan Kurawa, para Pandawa harus menyembunyikan diri di tempat tertentu. Namun para Pandawa memutuskan untuk bersembunyi di istana raja Matsyapati. Pada tahun berikutnya, para Pandawa keluar dari persembunyian dan memperlihatkan diri di muka umum lalu menuntut hak mereka kepada Kurawa. Namun tuntutan mereka tidak dipenuhi Kurawa hingga terjadi perang 18 hari yang menyebabkan lenyapnya kaum Kurawa. Dengan demikian, kaum Pandawa dengan leluasa mengambil alih kekuasaan di Barata.
Pertempuran berlangsung selama 18 hari
penuh. Dalam pertempuran itu, banyak ksatria yang gugur, seperti misalnya Abimanyu, Durna, Karna, Bisma, Gatotkaca, Irawan, Prabu Matswapati dan puteranya (Raden Seta,Raden Utara, Raden Wratsangka), Bhogadatta, Sengkuni, dan masih banyak lagi.
Selama 18 hari tersebut dipenuhi
oleh pertumpahan darah dan pembantaian yang mengenaskan. Pada akhir
hari kedelapan belas, hanya sepuluh ksatria yang bertahan hidup dari
pertempuran, mereka adalah: Lima Pandawa,Yuyutsu, Setyaki, Aswatama, Krepa dan Kartamarma.
Setelah perang berakhir, Yudistira
dinobatkan sebagai Raja Hastinapura bergelar Prabu Kalimataya Setelah
memerintah selama beberapa lama, ia menyerahkan tahta kepada cucu Arjuna, yaitu
Parikesit. Kemudian, Yudistira bersama Pandawa dan Drupadi mendaki gunung
Himalaya sebagai tujuan akhir perjalanan mereka. Di sana mereka meninggal dan
mencapai surga. (Diceritakan dalam kisah Pandewa Seta)
Parikesit memerintah Kerajaan Kuru dengan adil dan
bijaksana. Ia menikahi Madrawati dan memiliki putera bernama Janamejaya.
Janamejaya menikahi Wapushtama (Bhamustiman) dan memiliki putera bernama
Satanika. Satanika berputera Aswamedhadatta. Aswamedhadatta dan
keturunannya kemudian memimpin Kerajaan Wangsa Kuru di Hastinapura.
2. Nilai Pendidikan Hindu yang terkandung dalam cerita Mahabharata
Satya Wacana dan Satya Semaya
Bhisma yang menjalankan Sukla Brahmacari sesuai dengan janji yang pernah diucapkannya.
Dharma Agama dan Dharma Negara
Drona dan Bhisma yang mati-matian membela Negara. Arjuna dan Pandawa lainnya yang berperang untuk menegakan keadilan.
Lobha
Duryodana ingin menguasai Astina sepenuhnya, sampai Indraprasta pun ingin dikuasai.
Moha
Arjuna yang kebingungan dalam peperangan
Guru bhakti
Pandawa tetap menghormati gurunya walaupun dalam medan peperangan. Karna yang memotong ibu jarinya dipersembahkan untuk menghormati gurunya Drona
KITAB-KITAB SUCI INDIA
Cerita Ramayana
Raja Dasarata di Ayodya mempunyai beberapa isteri. Dengan
permaisuri ia berputra Rama. Dengan istrinya yang ke-2 bernama Kaikeyi berputra
seorang bernama Baratan. Putra-putranya yang lain ialah Laksamana dan Satrugna.
Putra-putranya ini dididik sebagaimana pendidikan yang diberikan kepada para
putra raja.
Dalam suatu sayembara Rama mendapat Dewi Sita yang sangat cantik
sebagai istrinya. Dewi Sita adalah anak raja Janaka yang memerintah di Mitila.
Pada waktu dahulu, Dasarata pernah berjanji kepada Kaikeyi bahawa kelak takhta
kerajaan akan diserahkan kepada Baratan, untuk membalas jasa Kaikeyi yang tekun
merawatnya semasa beliau sakit.
Setelah Dasarata tua, tahta kerajaan diserahkan kepada Rama.
Oleh hal yang demikian, Kaikeyi menggugat dan mengingatkan baginda akan
janjinya dahulu. Tuntutan ibu tiri Rama itu ialah yang pertama Baratan harus
dinobatkan menjadi raja Ayodya. Kedua Rama harus dibuang dalam hutan selama 14
tahun. Dasarata harus menepati janjinya sebagai seorang ksatria dan dengan
sedih Raja menyampaikan keputusan atas tuntutan Kaikeyi.
Rama mengundurkan diri dan mengembara di hutan Dandaka
selama 14 tahun bersama isteri dan adiknya, Laksamana. Hal ini sangat
mengharukan rakyat Ayodya yang sangat mencintai Rama. Dengan sedih memikirkan
hal itu maka mangkatlah Dasarata.
Pada suatu hari Sita dirampas raksasa Wirada. Tetapi raksasa
itu dapat dikalahkan Rama dan Laksamana. Pada hari lain Rama berjumpa dengan
Surpanaka, adik perempuan raja Rawana yang memerintah kerajaan Langka.
Surpanaka jatuh cinta kepada Rama, tetapi Rama tidak mahu tergoda. Begitu pula
cinta Surpanaka terhadap Laksamana tidak mendapat sambutan. Bahkan Laksamana
mengerat telinga dan hidung Surpanaka kerana bencinya terhadap Surpanaka.
Surpanaka segera mengadukan halnya kepada Rawana (Dasamuka = sepuluh muka) yang
sudah mengetahui kecantikan Dewi Sita. Namun, timbullah keinginannya untuk
melarikan Dewi Sita.
Raja Rawana segera datang ke tempat perkemahan Rama dengan
pengiringnya, Narisa, yang dapat menjelma sebagai kijang emas. Narisa menjelma
menjadi seekor kijang emas dan mendekat ke kemah Dewi Sita. Setelah terlihat
oleh Sita, inginlah ia memiliki kijang emas itu dan minta supaya Rama mahu
menangkapnya. Sebelum Rama berangkat mengejar kijang emas terlebih dahulu Rama
membuat lingkaran kesaktian mengelilingi kemah mereka. Sesiapa yang masuk ke
lingkaran itu tidak akan dapat keluar lagi. Tetapi semua ini telah diperhatikan
dan diketahui oleh Rawana dari jauh. Setelah Rama jauh dari kemah, mengejar
kijang emas, terdengarlah pekik orang. Sita mengetahui bahawa Rama berada dalam
keadaan bahaya. Segera Laksamana disuruh oleh Sita untuk menyusul abangnya. Mula-mula
Laksamana menolak, kerana telah dipesan oleh Rama supaya Laksamana tidak
meninggalkan Sita, sebelum Rama kembali. Sita lalu menyindir dengan mengatakan
"Isteri kakak lebih penting daripada kakak sendiri."
Mendengar sindiran itu, maka Laksamana menyusul abangnya.
Rawana segera menghampiri kemah menjelma seorang peminta-minta, berdiri di luar
lingkaran kesaktian. Rawana memohon agar Sita dapat memberinya air minum kerana
sangat haus. Ketika Sita mengulurkan air minum itulah Rawana menarik tangan
Sita dan langsung dibawanya terbang ke Langkapura (Sailon) tempat kerajaannya.
Rama jatuh pengsan setelah kembali apabila mengetahui bahawa Sita telah hilang
dari kemah.
Di udara burung Jatayu melihat Sita dibawa oleh Rawana.
Jatayu segera menyerang Rawana. Tapi Rawana memukul bahagian sayapnya oleh gada
sakti Rawana. Rawana dengan mudah mengalahkan Jatayu kerana Rawana mempunyai
sepuluh muka yang dapat melihat segenap penjuru dan juga mempunyai gada sakti.
Untung sahaja Sita sempat melemparkan cincinnya kepada Jatayu. Cincin itu
diberikan kepada Rama sebagai bukti tentang Sita, setelah pada suatu ketika
Rama sampai di hutan tempat Jatayu jatuh. Jatayu-lah yang sempat memberitahukan
hal Sita, sebelum ia menghembuskan nafas terakhir.
Dengan pertolongan Kabanda, Rama dan Laksamana mendapat
petunjuk supaya minta bantuan kepada Sugriwa raja Kera, untuk menaklukkan Rawana.
Sugriwa mahu membantu asalkan terlebih dahulu dibantu menaklukkan saudaranya,
Walin, yang memusuhinya. Hanuman, Panglima Raja Kera, menyusup ke Langkapura
untuk mematai-matai Rawana. Ia menyamar sebagai seekor kucing dan berhasil
masuk ke istana Rawana menemui Dewi Sita. Tahulah bahawa Sita tidak kekurangan
sesuatu pun. Sita sangat gembira berjumpa dengan Hanuman yang juga menyampaikan
berita tentang suaminya. Hanoman tidak dibunuh setelah mengaku sebagai utusan.
Sebagai ganti hukumannya, dibakarlah ekornya dengan mengikatkan bahan-bahan
yang mudah terbakar. Dalam keadaan ekor terbakar Hanuman melompat-lompat dari
bangunan ke bangunan yang lain yang menimbulkan kebakaran besar di Langkapura.
Senanglah hati Rama mendapat kabar dari Hanuman bahawa istrinya, Sita, tidak
diganggu oleh Rawana.
Rama mulai menyusun penyerangan. Untung sekali lagi mendapat
bantuan Wibisana, saudara Rawana, yang menyalahkan perbuatan Rawana melarikan
Sita. Dengan panah Rama yang sakti, Rama menghadapi Rawana. Dalam peperangan
itu Rawana tewas dan Rama menang. Langkapura diserahkan kepada Wibisana yang
telah membantunya. Akhirnya masa pembuangan 14 tahun selesai. Rama dan Sita
pulang ke Ayodya dengan upacara yang diadakan secara besar-besaran.
Nilai-nilai ajaran agama Hindu yang ada dalam cerita
Ramayana
1. Satya mitra dan Satya Wacana = terlihat dari kesetiaan
Sugriwa terhadap janjinya kepada Rama.
2. Guru Bhakti dan Pitra yajna, diperlihatkan dari rasa baktinya
Rama terhadap Orang tuanya sehingga bersedia untuk mengasingkan diri ke hutan.
3. Satya Semaya, diperlihatkan pada kesetiaan Dasarata dalam
menepati janjinya pada Dewi Kaykeyi sampai harus meninggal dunia.
4. Dharma Negara, diperlihatkan oleh Kumbakarna yang dengan
sepenuh hati hingga mengorbankan nyawa untuk membela Negaranya.
5. Dharma Agama, diperlihatkan oleh Wibisana yang menentang
kakaknya demi membela kebenaran.
Tuesday, September 13, 2016
Kesusasteraan
Bersesuaian dengan dua kumpulan keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo- Arya dan Dravida, kesusasteraan India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan kesusasteraan Dravida.
(i) Kesusasteraan Indo-Arya
Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan terkemuka di India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit.
Kesusasteraan Vedik
Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500SM sehingga 500SM. Perkataan Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda boleh digolongkan kepada dua bahagian iaitu pertama, Shruti merupakan ajaran-ajaran yang diwahyukan ataupun ajaran-ajaran yang didengarkan oleh Tuhan kepada para maharesi (sages) dari semasa ke semasa menurut kehendak zaman; dan kedua,SMriti merupakan ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran yang diturunkan oleh generasi manusia kepada generasi manusia secara turun-temurun. Dari segi perbandingan, isi kandungan Shruti tidak pernah diubah ataupun tidak boleh diubah; manakalaSMriti boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.
Empat kitab suci veda tersebut ialah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Antaranya, Rig Veda merupakan kitab suci yang tertua, bukan sahaja di India malah seluruh dunia. Tiga kitab suci yang pertama dianggap tercipta sebelum tahun 1000SM. Dalam konteks ini, Vedanga bererti anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian. Karya-karya Vedanga bukan bersifat tafsiran ajaran-ajaran Veda. Sebaliknya merupakan enam bidang yang dipelajari supaya dapat membantu dalam memahami kitab-kitab Veda dengan tepat. Zamannya berlangsung antara tahun 600SM sehingga 200SM. Enam bidang pengajian tersebut ialah pertama, Siksa-tonetik, yang menekankan sebutan yang tepat; kedua, ChancU-prosodi/pola. irama puisi; ketiga, Nirukta-et[mo\ogi, tafsiran istilah-istilah tertentu; keempat, Kalpa - tatacara pengendalian upacara pengorbanan; dan kelima, Vyakarana iaitu nahu; dan keennm, fyotisa iaitu astronomi, ilmu falak.
Kesusasteraan Epik
Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa ulasan tambahan; dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Oleh itu wujud karya-karya kesusasteraan bersifat epik yang menyampaikan ajaran-ajaran dharma yang serius lag! tegas dalam bentuk cerita dengan memuatkan watak-watak yang cukup mantap. Cerita epik ini mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita lisan. Oleh itu cerita- cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran-ajaran dharma.

Kumpulan Bahasa dan Skrip Bahasa
Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus daripada rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.
Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit. Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges dan ke timur, perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha (500SM), loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan (precursors) kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi.
Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan Kota.
Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga dan Kuku Chin di Assam. Bahasa-bahasa yang belum diklasifikasikan termasuklah Burushaski di Kashmir Utara dan Andamanese di kepulauan Andaman.
Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di barat laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-
hurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-huruf mereka tersendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)