Sumbangan Tamadun India (Indus)
![]() |
Lokasi Lembah Indus |
![]() |
Artifak yang dijumpai di Lembah Indus. |
Perancangan Bandar
- Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
![]() |
Harappa |
![]() |
Pelan Mohenjo-Daro |
- pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar
- Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.
Sifat Keterbukaan
- Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
- tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
![]() |
Cap mohor |
- hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
- dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
Sains dan Teknologi
![]() |
Lakaran mengunakan tanah liat |
- Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmindan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
- Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
- Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untukmembuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
Falsafah
![]() |
Rig Veda |
- Falsafah India ialah falsafah yang terawalberkembang dan direkodkan di dunia.
- Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran besar:- kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda.
- Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gita merupakan antara sumbernya.
- Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.
Ekonomi
- Mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta.
Seni Bina
![]() | ||
Great Bath merupakan kolam mandi awam terawal di dunia. |
![]() |
Patung yang diperbuat daripada tanah liat |
- Masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap-- dapat dilihat melalui binaan Great Bath.
- Binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Watdan Candi Borobudur.
- Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
- Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat penghiasan-- tiang Asoka yang menjadi monumen.
![]() |
Candi Borobudur |
![]() |
Ukiran pada dinding dalam Gua Ajanta |
Bahasa dan Kesusasteraan
- Bahasa Sanskrit (bukti: penemuan prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit) dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan oleh orang India sehingga hari ini.
- Epik Mahabharata (menceritakan peperangan antara 2 tentera--baik dan jahat) dan Ramayana (menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pengaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita) ialah hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha.
![]() |
Bahasa Tamil |
![]() |
Dokumen dalam bahasa Sanskrit |
Agama
- Tamadun ini adalah tempat asal agama Hindu dan Buddha.
- Mesikipun sejarah kemunculan agama Hindu sukar dipastikan, namun agama ini sering dikatakan telah wujud sejak zaman tamadun Indus lagi.
![]() |
Lukisan Gautama Buddha |
Yoga
![]() |
Pelbagai posisi yoga |
- Masyarakat tamadun ini memperkenalkan yoga kepada dunia.
- Sehingga hari ini, yoga diamalkan untuk kesihatan, kelangsiran badan dan sebagainya.
![]() |
Graf mini sistem tulisan Indus (piktograf) |
Keamanan
- Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
**Sesungguhnya masyarakat tamadun Indus berkeupayaan serta berkebolehan untuk mengekspoloitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingganya menjadi asas perkembangan tamadun mereka.
![]() |
Lukisan pada dinding |
Untuk maklumat lanjut sila klik Tamadun India
No comments:
Post a Comment